Announcement on Targeted Repayment Assistance Programme for Individual Customers
As part of our commitment to supporting customers facing temporary financial challenges, Bank of China (Malaysia) Berhad (“the Bank”) offers a Targeted Repayment Assistance Programme (“Programme”) to eligible customers who are facing temporary cash flow disruptions due to specific and exceptional circumstance such as:
(a) natural disasters (e.g. floods)
(b) pandemic (e.g. Covid-19)
(c) geopolitical disruptions (e.g. major maritime crisis caused by armed conflict)
Under this Programme, eligible customers may be considered for appropriate repayment assistance arrangements, including the restructuring or rescheduling of existing financing facilities, subject to the Bank’s assessment and approval (“Repayment Assistance”).
Eligibility Criteria:
To be eligible for the Programme, eligible customers must:
- Be experiencing financial difficulties that affect their ability to meet repayment obligations;
- Have financing accounts that are not more than 30 days in arrears at the time of application; and
- Not be subject to any bankruptcy proceedings.
Important Information:
Customers should note that participation in the Programme may result in a longer financing tenure and an increase in the total financing cost payable over the tenure of the financing facility.
Applications will be assessed on a case-by-case basis and are subject to the Bank’s prevailing terms and conditions.
Please call us at 03-2387 8367 or 03-2387 8211 if you wish to opt for the above Repayment Assistance or required further clarification.
If you need further guidance in selecting Repayment Assistance, or wish to explore alternative options for your finances, you may contact AKPK at https://services.akpk.org.my.
BOCM will keep you updated on the repayment assistance program offered by the Bank from time to time through the website at www.bankofchina.com.my.
Thank you.
Bank of China (Malaysia) Berhad
30th June 2026
Pengumuman Program Bantuan Pembayaran Balik Bersasar untuk Pelanggan Individu
Sebagai sebahagian daripada komitmen kami untuk menyokong pelanggan yang menghadapi cabaran kewangan sementara, Bank of China (Malaysia) Berhad menawarkan Program Bantuan Pembayaran Balik Bersasar (“Program”) kepada pelanggan yang menghadapi gangguan aliran tunai sementara disebabkan oleh keadaan khusus dan luar biasa seperti:
a) bencana alam (contohnya banjir)
b) wabak (seperti Covid-19)
c) gangguan geopolitik (seperti krisis maritim besar yang disebabkan oleh konflik bersenjata)
Di bawah Program ini, pelanggan yang layak akan ditawar pengaturan bantuan pembayaran balik yang sesuai, termasuk penstrukturan semula atau penjadualan semula kemudahan pembiayaan sedia ada, tertakluk kepada penilaian dan kelulusan Bank (“Bantuan Pembayaran Balik”).
Kriteria Kelayakan:
Untuk layak menyertai program ini, pelanggan mesti:
- Mengalami masalah kewangan yang menjejaskan keupayaan mereka untuk memenuhi obligasi pembayaran balik;
- Mempunyai akaun pembiayaan yang tidak tertunggak melebihi 30 hari pada masa permohonan; dan
- Tidak tertakluk kepada prosiding kebankrapan.
Maklumat Penting:
Pelanggan harus ambil perhatian bahawa penyertaan dalam program ini boleh menyebabkan tempoh pembiayaan yang lebih lama dan peningkatan dalam jumlah kos pembiayaan yang perlu dibayar sepanjang tempoh kemudahan pembiayaan.
Permohonan akan dinilai berdasarkan kes demi kes dan tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh Bank.
Sila hubungi kami di 03-2387 8367 atau 03-2387 8211 jika anda ingin memohon pembayaran balik di atas atau memerlukan penjelasan lanjut.
Jika anda memerlukan panduan lanjut dalam memilih bantuan pembayaran balik, atau ingin meneroka pilihan alternatif untuk kewangan, anda boleh menghubungi AKPK di https://services.akpk.org.my.
BOCM akan memaklumkan anda tentang program bantuan pembayaran balik yang ditawarkan oleh Bank dari semasa ke semasa melalui laman web www.bankofchina.com.my.
Terima kasih.
Bank of China (Malaysia) Berhad
30hb Jun 2026
